Categories
Uncategorized

What makes a marriage works

After a long hiatus, I suddenly has the urge to write. Well, biase lah kan, me being me. NJ sangattt.. Hehe (setahun sekali baru post kat blog. Apakahhh?? Beli domain name beriya, pastu malas menulis. Pffbttttt. Baiklah, saya cuba jadi lebih rajin lepas ni. Saya cuba!)

Hmm.. So what inspired me to write? Well since I had a hearty talk with the hubby this morning, it kinda made me think. Sebenarnya apakah yang membuat a marriage works? Well, umur perkahwinan saya masih muda, baru nak masuk 6 tahun and there’s still a lot to learn about each other. Tapi tapi… Apakah sebenarnya faktor yang membuatkan kita stick to this marriage?

Hubby talked about his frenz yang dah bercerai, dua orang katanya and both adalah perempuan (biase lah johari rahmad kan selalu menjadi frenzone kepada rakan-rakan perempuan beliau. Pffbttt.) and the thing is, apabila ditanya pada sang perempuan apakah yg mereka lakukan untuk suami mereka, katanya they did their best, jaga makan pakai suami. Pagi2 siap kan breakfast, baju keje pe sumer and bla bla bla.. Kedengaran memang sangat hebat macam ala2 perfect wife yg kita selalu disogokkan dlm drama2 melayu tu, tapi tapi… Kenapa bercerai jugak? Kenapa husband diorang ada affair lain pulak? Whyyyy whyyyy?? If they have done their best, then isn’t their best good enuff?

So sebenarnya apa kah definition ‘i did my best’ in a marriage? Is it safe to assume that all marriages can use the same formula? Or does each marriage institution requires its own formulation? Kalau dipikirkan dgn logik akal, each and every individuals are different, therefore mungkin apa yg works for some marriages might not work for others, betul tak? Well itu logik akal saya lah. You’re free to have your own opinions of course 😉

As for me, apa yang membuatkan marriage saya bertahan setakat ni saya rase is mainly my husband’s ability to communicate effectively dgn saya yg suka memendam rase ni. Me being me, tak berapa reti sangat nak meluahkan perasaan secara bersemuka. Tulis pandai la. Keyboard warrior katakan… Huhu.. But when it comes to communicating my feelings secara berdepan memang bermasalah. So that’s where my husband came in, sentiase berterus terang dan jujur dan straight to the point dan kadang2 buat saya terkesima dgn kejujurannya, tapi takpe, nasib baik bini beliau tak cepat sentap dan sudi menerima teguran dgn baik dan actually sangat appreciate kejujuran beliau sbb at least i know where i stand and how I should improve myself. Haa amik ko, panjang ayat! Kalau lafaz nikah ni mau tercungap cungap kena ulang banyak kali. Huhu.

Dan actually apabila beliau telah mengamalkan amalan berterus terang ni, I can slowly adapt dan saya pun dah mula pandai mengekspresikan diri saya kepada beliau walaupun tak berapa hebat sangat, but I’m learning and I think it’s a good progress. I think every couple should communicate. Communicate with each other yer, bukan cerita masalah perkahwinan kepada orang lain, kerana kalau salah pilih teman berbicara, mungkin buruk padahnya. Yang tu takyah lah saya cerita. Lu pikirlah sendiri yer.. Gitchuu.

What else? Oh yeah, of course dalam marriage perlu ada trust. And contrary to popular belief, cinta sahaja tidak mencukupi utk membuat a marriage works yer.. Masing-masing perlu ada tolak ansur, give and take, sometimes sacrifices adalah essential juga. Seperti jika anda ingin merokok sila merokok di luar rumah kerana anak bini masih sayangkan paru-paru mereka yer, and things like that. Yup.

Well, what else? Rasenya openness dlm relationship adalah agak penting. Kalau kena tegur, takyah nak cepat melenting sangat. Duk diam, cuba reflect diri. Pikir betul betul and be honest with yourself. Kalau betul awak salah, own it. Jangan nak berada dalam denial nak rase diri ko tu perfect sangat. Yang perfect tu Allah S.w.t je. Kita semua manusia ni banyak flaw nyer, sila terima kekurangan diri apabila disajikan di depan mata yer… Heheh..

Panjang pula bebelanku. Amik ko, setahun sekali menulis, panjang pulak karangan ku kali ni. Btw, apa yg saya coretkan di sini is based on my own opinion and experience semata mata. Minta maaf jika ianya ada menyinggung sesiapa. Usia perkahwinan saya masih muda, masih banyak yg saya perlu pelajari dan tempuhi. Jadi setakat ini sahaja yg mampu saya kongsikan buat masa ini. Generasi mak pak kita mesti lagi otai dah kawin berpuluh puluh tahun, mereka lebih layak memberi nasihat and of course, jika mereka sudi memberi nasihat, I’m all ears 😉

So how about you? What makes your marriage work?

By NJ

I am a mother of three, and I thank God for everything that He has blessed me with. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Leave a Reply