Categories
Uncategorized

Menyiapkan anak ke sekolah feels like a 30-minute cardio workout!

Yup, I know it’s a bit too long for a title, but seriously, penat wehhhh! Menyiapkan anak2 ke sekolah di pagi hari, rasa macam buat cardio workout! Lepas dah setel je hantar diorang, baru rasa macam sempat bernafas. Hahaha over tak? :p

What makes this year different than the previous years? Well, tahun ni si Nafiz my number two dah masuk Darjah 1. Maka, disebabkan sudah darjah 1, sekarang dia kena pergi sekolah awal. Kalau tahun lepas-lepas, cuma nawfal je yg kena bersiap awal for school. Tahun ni, Nafiz pun kena siap awal. Hence, the kelam-kabutness.

                                                                                   My Number 2 Goes To Primary

And what makes it even more kelam kabut, is that Nawfal dan Nafiz sekolah berlainan sesi. Nafiz sekolah kebangsaan di waktu pagi, while sekolah agama waktu petang. Nawfal pulak pepagi pergi sekolah agama, petang baru pergi sekolah kebangsaan. Dan sekolah agama dan sekolah kebangsaan is not in the same direction. Satu ke hulu, satu ke hilir. Can you catch my drift here?

Dan yang lagi bertambah-tambah kelam kabut, adalah time nak keluar rumah and making sure that all bags are accounted for. Almaklumlah, sorang anak ada tiga beg, dah ada 3 anak, kau ghaser? (you can do the maths lah kan). Dah tu, selain bag, nak kena make sure baju yg dibawa ke transit adalah baju yang betul. Nafiz kena bawak uniform sekolah agama, Nawfal kena bawak uniform sekolah kebangsaan. Dan walaupun baju-baju itu berwarna putih, tetap berpinar mata mama nak make sure that the correct uniform is being brought to the transit. Setiap uniform pulak kena ada accessory nya, baju sekolah agama kena make sure ada sampin dan songkok, baju sekolah kebangsaan kena ada neck tie. Sekali lagi, it’s like a check list going ‘tick, tick, tick’ in my head. Pastu nak make sure duit belanja dah ada, botol air dah isi, oh my God, banyaknye checklist! I should really jot down this list dan tampal kat lemari diorang. And most importantly, rasenye I should just let them siapkan beg diorang sendiri, no? Ini adalah penting demi mengekalkan tahap kewarasan mama. Dan mengelakkan dari my blood goes upstairs di pepagi hari (alhamdulillah, so far tekanan darah masih normal).

Ini baru in the surface ye, belum cerita kerenah sorang2 di pagi hari. Yang sorang nak mama mandikan, yang sorang nak biskut, yang sorang duk membebel butang baju susah nak button, yang sorang mencari seluar kerja tak jumpa. (Eh.)

Belum kira mama punya nak bersiap lagi. Dengan duk kalut nak pilih baju mana nak pakai, dah pilih baju tetibe eh macam sendat pulak baju ni, nak kena tukar baju pulak, pastu nak cari tudung matching pulak, nak lilit2 tudung tak sempat, anak dah memanggil manggil nak itu, nak ini. Haiyoh, Ater cemaner ni komer?

Can you imagine the adrenaline rush umtuk menyiapkan anak-anak di pagi hari? Adakah saya seorang sahaja yang begini, or do you also feel the same? Jangan cerita pasal drama lagi lah.. So far, 2nd day of school, no drama yet. Keep it up kiddos. Coz mama not sure whether I can handle your dramas di pagi hari. Kekgi pagi-pagi mama dah bertukar menjadi Hulk Hogan. Eh silap. Incredible Hulk.

Sekian coretan di pagi hari.

NJ, out.

By NJ

I am a mother of three, and I thank God for everything that He has blessed me with. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Leave a Reply