Categories
Uncategorized

For my firstborn (always firstborn jer ni.. :D)

Ok so I accidentally found this in my old thumbdrive,
rasa rugi pulak tak share kat sini.

It’s only half way, though. Hehe

 

Duhai anak sulungku,

 

Jika kau mahu tahu

Apa yang berlaku

ketika mama mengandungkanmu,

Ini mama beritahu.

 

Seawal usia kamu,

Opah menyampai berita duka,

Bahawasanya dia sakit.

Perlu operate.

 

Mama rasa mahu pitam,

Dunia mama hampir kelam,

Kerana mama membayangkan yang terburuk,

Lantas hampir terjelupuk.

Mujur ada ayah kamu,

Menumpangkan bahu,

Menghulurkan tangan,

Menyalur kekuatan.

 

Mama hadapi trimester pertama

Dengan airmata duka

Dengan harapan dan doa

Opah kamu sihat semula.

 

Trimester kedua,

Mama dan ayah terpisah seketika

Ye, sampai situ saje.. Jenuh mama pikir, apakah yg terpisah seketika ni? Nebes mak membaca ayat sendiri beberapa tahun yg lalu. Pastu bila ingat2 semula, it’s probably terpisah sebab pergi induksi masa pregnantkan Nawfal dulu. Masa tu induksi dekat Kg. Gajah, 3 minggu hokeh?? So terpaksa lah berpisah dgn suami seketika. Hek eleh, gedik pulak. Kehkehkeh.

Nak sambung semula cerita ni, macam mustahil jer.. Almaklum, dah anak tiga. Kah.
So kita abadikan di sini sahaja.

Sekian :p

By NJ

I am a mother of three, and I thank God for everything that He has blessed me with. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Leave a Reply