Categories
Uncategorized

Aku menulis bukan kerna nama

Ceh, title tak menahannn!

By the way, entahlah kenapa tetibe terase macam nak menulis lagi. Macam tak cukup panjang jer post yang sebelum ni? Tak cukup panjang, tak NJ lah macam niiii kannnn…

Lagipun, nanti kalau lakiku tanye nak renew subscription blog ni tak, bolehlah I cakap, “hey, tahun ni saya dah tulis 2 blog post tau! it’s a 100% increase from last year!” hahahaha (sebab last year tulis satu post jer).

Lepas tu tibe-tibe macam tak tau nak tulis apa. Cissssssss, kegilaan apakah iniii??? Takpelah, at least dah ada 2 blog post tahun ni. kahkahkahkah.

Hai suami! 😀

Categories
Uncategorized

A Feeling I Can’t Describe

There’s this feeling, a feeling I can’t describe whenever I looked at Nayel’s pictures. A feeling of serenity, calm, peacefulness. Sesuatu yang sangat menyenangkan, that takes away all your stress and worries. A feeling of love that I can never put into words. Sesuatu yang sangat sukar dimengertikan. Mungkinkah semua ibu-ibu mempunyai perasaan begini?

The thing is, I don’t remember having these feelings for Nawfal dan Nafiz. Atau mungkinkah saya yang sudah tua sehingga saya lupa saya pernah juga merasakan perasaan ini terhadap mereka? Uhuk uhuk. Adakah saya jahat sebab when I put it this way, it is as if saya lebih sayangkan Nayel berbanding abang-abangnya? Adakah saya seorang anomali, atau adakah anda juga pernah berperasaan yang sama? I’m not saying I fancy one over the other, it’s just a feeling that I can’t describe. (Ceh poyolah weh, baru anak tiga dah berhypothesis macam-macam :p)

Mungkin, (mungkinlah) Nayel hadir di saat jiwa tengah kacau, dan Allah hadirkan nya sebagai penenang jiwa (mungkinlah). Mungkin ketika Nawfal hadir, saya sebenarnya belum mentally prepared to be a mother lantas saya mengalami sedikit depressi setelah kehadirannya? (dan menjaga Nawfal ketika baby adalah sangat horror! Oh My God, experience yang sangat-sangat macam “are you sure you want one of this again?” Gitchu). Nasib baik bila dah besar sikit ni Nawfal sudah senang untuk dijaga. Thank you Nawfal.

Dan kehadiran Nafiz pula adalah tidak diduga. Accident katanyerr.. huhuhu. A beautiful one that is. And juggling between Nawfal dan Nafiz yang beza umur 20 bulan adalah agak memenatkan. Mungkin kerana itu I missed that ‘blessed’ feeling masa melahirkan mereka. Mungkinkah? Don’t get me wrong. I do love my children, cuma the feeling is different. Iskk. Am I making any sense? Inilah yang tak reti nak describe nih. Sebab lain, lain sangatttt perasaannya.

Dengan Nayel, it’s different. Ada sebuah perasaan yang tenang, setenang air di kali (gittewww) whenever I looked at him. Entahlah, susahla nak describe. Persoalannya, korang ada perasaan macam tu jugak ke aku sorang je yang macam ni??? Kbai.

To Nawfal dan Nafiz if you’re reading this satu hari nanti, please know that mama sayang Nawfal dan Nafiz juga. Sama, tiada beza nya. Cuma when I had you guys, I was less wiser, less bijak mengawal emosi and less friends with experience. Sekarang hopefully mama can be a better mother to you guys coz you guys taught me a lot. How to be better, how to be wiser, how to be more patient. Thank you Allah, atas ketiga-tiga anugerah ini. Moga saya dikurniakan umur yang panjang untuk melihat mereka membesar menjadi manusia yang berguna. I love my Naquibs. Till Jannah. 🙂

Categories
Uncategorized

What makes a marriage works

After a long hiatus, I suddenly has the urge to write. Well, biase lah kan, me being me. NJ sangattt.. Hehe (setahun sekali baru post kat blog. Apakahhh?? Beli domain name beriya, pastu malas menulis. Pffbttttt. Baiklah, saya cuba jadi lebih rajin lepas ni. Saya cuba!)

Hmm.. So what inspired me to write? Well since I had a hearty talk with the hubby this morning, it kinda made me think. Sebenarnya apakah yang membuat a marriage works? Well, umur perkahwinan saya masih muda, baru nak masuk 6 tahun and there’s still a lot to learn about each other. Tapi tapi… Apakah sebenarnya faktor yang membuatkan kita stick to this marriage?

Hubby talked about his frenz yang dah bercerai, dua orang katanya and both adalah perempuan (biase lah johari rahmad kan selalu menjadi frenzone kepada rakan-rakan perempuan beliau. Pffbttt.) and the thing is, apabila ditanya pada sang perempuan apakah yg mereka lakukan untuk suami mereka, katanya they did their best, jaga makan pakai suami. Pagi2 siap kan breakfast, baju keje pe sumer and bla bla bla.. Kedengaran memang sangat hebat macam ala2 perfect wife yg kita selalu disogokkan dlm drama2 melayu tu, tapi tapi… Kenapa bercerai jugak? Kenapa husband diorang ada affair lain pulak? Whyyyy whyyyy?? If they have done their best, then isn’t their best good enuff?

So sebenarnya apa kah definition ‘i did my best’ in a marriage? Is it safe to assume that all marriages can use the same formula? Or does each marriage institution requires its own formulation? Kalau dipikirkan dgn logik akal, each and every individuals are different, therefore mungkin apa yg works for some marriages might not work for others, betul tak? Well itu logik akal saya lah. You’re free to have your own opinions of course 😉

As for me, apa yang membuatkan marriage saya bertahan setakat ni saya rase is mainly my husband’s ability to communicate effectively dgn saya yg suka memendam rase ni. Me being me, tak berapa reti sangat nak meluahkan perasaan secara bersemuka. Tulis pandai la. Keyboard warrior katakan… Huhu.. But when it comes to communicating my feelings secara berdepan memang bermasalah. So that’s where my husband came in, sentiase berterus terang dan jujur dan straight to the point dan kadang2 buat saya terkesima dgn kejujurannya, tapi takpe, nasib baik bini beliau tak cepat sentap dan sudi menerima teguran dgn baik dan actually sangat appreciate kejujuran beliau sbb at least i know where i stand and how I should improve myself. Haa amik ko, panjang ayat! Kalau lafaz nikah ni mau tercungap cungap kena ulang banyak kali. Huhu.

Dan actually apabila beliau telah mengamalkan amalan berterus terang ni, I can slowly adapt dan saya pun dah mula pandai mengekspresikan diri saya kepada beliau walaupun tak berapa hebat sangat, but I’m learning and I think it’s a good progress. I think every couple should communicate. Communicate with each other yer, bukan cerita masalah perkahwinan kepada orang lain, kerana kalau salah pilih teman berbicara, mungkin buruk padahnya. Yang tu takyah lah saya cerita. Lu pikirlah sendiri yer.. Gitchuu.

What else? Oh yeah, of course dalam marriage perlu ada trust. And contrary to popular belief, cinta sahaja tidak mencukupi utk membuat a marriage works yer.. Masing-masing perlu ada tolak ansur, give and take, sometimes sacrifices adalah essential juga. Seperti jika anda ingin merokok sila merokok di luar rumah kerana anak bini masih sayangkan paru-paru mereka yer, and things like that. Yup.

Well, what else? Rasenya openness dlm relationship adalah agak penting. Kalau kena tegur, takyah nak cepat melenting sangat. Duk diam, cuba reflect diri. Pikir betul betul and be honest with yourself. Kalau betul awak salah, own it. Jangan nak berada dalam denial nak rase diri ko tu perfect sangat. Yang perfect tu Allah S.w.t je. Kita semua manusia ni banyak flaw nyer, sila terima kekurangan diri apabila disajikan di depan mata yer… Heheh..

Panjang pula bebelanku. Amik ko, setahun sekali menulis, panjang pulak karangan ku kali ni. Btw, apa yg saya coretkan di sini is based on my own opinion and experience semata mata. Minta maaf jika ianya ada menyinggung sesiapa. Usia perkahwinan saya masih muda, masih banyak yg saya perlu pelajari dan tempuhi. Jadi setakat ini sahaja yg mampu saya kongsikan buat masa ini. Generasi mak pak kita mesti lagi otai dah kawin berpuluh puluh tahun, mereka lebih layak memberi nasihat and of course, jika mereka sudi memberi nasihat, I’m all ears 😉

So how about you? What makes your marriage work?

Categories
Uncategorized

Hi There

It’s been such a while..
I don’t even know how to define ‘a while’ anymore.
It seems each and every post of mine will start with that kinda sentence.
Well, can’t help it since it’s true.

Categories
Uncategorized

Hello world! *sambil melambai ala2 miss world*

So I’ve decided to buy my own domain name. Fefeeling retisss gittewww! Ooopss, pembetulan, retis pun belum tentu ada domain name lagi. Kire I up sikit la dari retis. Eh? Hehe :p

Well, what do I do with this new blog? Don’t I have enough already? Well, you’ll see, you’ll see.. *wink wink*

What to expect? The giler or the sane me? Well, even I haven’t decided on that yet. So tunggu jer lah yer..

You know you love me, XOXO.